Saturday 25 October 2014

Doa Kesembuhan Sakit & Penyakit



Kehidupan sebagai manusia tidak dapat dielakkan dari ditimpa pelbagai sakit dan penyakit, ada yang bersifat kejiwaan, pemikiran dan juga tentunya fizikal. Kesakitan fizikal boleh mengganggu prestasi fizikal. Namun agak terhad kepada dirinya sahaja. Lebih merbahaya, penyakit jiwa, dimana kejahatannya boleh menimpa kepada orang lain dan persekitarannya.

Di dalam kejahilan umat Islam hari ini, agak dukacita melihat bomoh dan perawatan jampi dengan bacaan pelik, menurun, tangkal hikmah yang tidak tahu apa isinya kerap menjadi pilihan. Kononnya sebagai ikhtiyar, malangnya tidak disedari tindakan bertemu bomoh dan perawat sedemikian dengan mudah membawa syirik. 

Jika di dalam rumah dan pejabat kita sering ada first aid kit yang boleh dimanfaatkan ketika terdapat kemalangan dan pesakit di sekeliling. Dalam tulisan ini ringkas ini, saya sertakan beberapa rawatan awal yang boleh kita selaku Muslim yang mukmin lakukan kepada pasangan, anak dan diri kita apabila ditimpa pelbagai jenis kesakitan. Namun jangan dilupa, bertemu doktor itu PERLU.

Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita. Doanya berwarna BIRU dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang mengawal seluruh alam dan makhluk, Maha Penyembuh.

Sebenarnya banyak lagi ayat Al-Quran dan doa dari hadis yang boleh dibaca, namuan untuk tidak membebankan pemikiran pembaca, cukuplah kita memilih beberapa terlebih dahulu.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه 

بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً

 إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق 

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ 

لَامَّة (رواه البخاري)

Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال :

 بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ

حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ 

أُرْقِيْكَ

Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan" 

Baca 7 kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah 3 kali dan terus baca doa berwarna biru :

أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات :

 أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله 

فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ

 يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas.  (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)


Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh. Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya. Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.


Sumber : Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman





Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Friday 24 October 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H




Assalaamualaikum. Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut ketibaan tahun baru Islam Maal Hijrah 1436H kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Dengan kedatangan Maal Hijrah ini marilah kita bersama-sama menghijrahkan diri....


Kita berhijrah dari kejahiliyahan menuju Islam... 
Hijrah dari kekufuran menuju Iman...
Hijrah dari kesyirikan menuju tauhid.... 
Hijrah dari kebathilan menuju al-haq...
Hijrah dari nifaq menuju istiqamah.... 
Hijrah dari maksiat menuju tha’at dan... 
Hijrah dari yang haram menuju yang halal.


Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya) :

“Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan RasulNya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi.”
(Riwayat Ahmad)


Saya ingin berkongsi sebuah renungan dari Dr Juanda tentang makna hijrah yang dituntut oleh agama kita supaya kita boleh perbaiki diri setiap kali menyambut ketibaan Maal Hijrah sebelum pintu taubat tertutup.Saya juga masih dalam proses memperbaiki diri...insyaAllah.


"Hijrah Mengajar Erti Hidup Untuk Berjaya" 


Hidup yang kita jalani setiap hari menuntut pengorbanan yang melelahkan. Bahkan bagi sesetengah orang mereka terpaksa bermandi keringat bertungkus lumus membina kehidupan dan tidak kurang yang menitiskan airmata demi mendapatkan kebahagiaan yang diidamkan. Manusia hanya boleh berusaha, namun Allah SWT saja yang menentukannya.


Permasalahannya adalah jika kita kurang berusaha, cepat menyerah, berkeluh kesah dan akhirnya menyalahkan orang lain di atas kegagalan kita. Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam masih memiliki mentaliti yang sedemikian. Pada awal tahun Hijriyah ini, sudah sepatutnya kaum Muslimin menilai kembali pencapaian mereka dan bijak menemukan kekurangan dan kelemahan yang menjejaskan kegemilangan diri, umat, bangsa dan negara. 



Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman. Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhati apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr: Ayat 18)


Mencipta skrip kejayaan dunia akhirat

Sejarah hijrah yang agung sentiasa menyuntik semangat pada diri setiap orang beriman. Kejayaan Rasulullah SAW merancang perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah dengan tuntunan wahyu Allah jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepakaran berfikir dan bertindak dengan kebijaksanaan amat penting untuk menjayakan sesuatu perancangan. 


Pernahkah anda menuliskan tentang apa-apa pencapaian yang mesti diperolehi dan apa langkah-langkah untuk mewujudkannya? 

Bagaimana dengan kerja dan usaha yang dilakukan? 

Sudahkah dibuat dengan bersungguh-sungguh? 

Ingatlah perjalanan hijrah Rasulullah SAW yang penuh dengan penderitaan. 

Adakah kita melalui jalan yang sama? Jalan untuk mencapai kejayaan dunia akhirat. Prof. McClelland (1958), seorang pakar psikologi yang banyak mempelopori kajian ke atas psikologi kejayaan individu mendapati dalam kajiannya tentang ciri-ciri personaliti yang berjaya ialah:

i. Mereka yang melaksanakan tugas yang mencabar dengan penuh tanggungjawab.
ii. Mereka memiliki dorongan yang kuat untuk memajukan diri sendiri.
iii. Mereka amat mementingkan penilaian atas kerja-kerja yang dibuat untuk kemajuan yang lebih baik lagi.

Tiga ciri seperti di atas sangat elok untuk diterapkan dalam kehidupan peribadi Muslim. Ciri-ciri seperti inilah yang ada pada diri Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dan dalam peristiwa hijrah ternyata amat terserlah personaliti berkenaan.


Berterimakasih kepada kawan dan lawan demi kejayaan

Untuk mencapai cita-cita kita perlukan orang lain yang sudi membantu. Jika kelemahan kita dalam soal ibadat, maka kenapa kita tidak berbaik-baik dengan kawan yang alim lagi salih? Jika kemalasan dan sikap tak bertanggungjawab ada pada diri kita, lebih elok jika berkawan dengan orang-orang yang berjaya dalam hidupnya. 


Itulah kebaikan bergaul dalam kehidupan sehari-hari. Jangan anda merasa hanya kawan yang baik saja yang boleh membantu kejayaan anda bahkan lawanpun sebenarnya memberi impak yang positif dalam menjana kejayaan itu. Beruntung jika anda mempunyai lawan, ia adalah cabaran bagi anda. 

Anda dapat khidmat darinya dengan ikhlas yang boleh dijadikan perunding dan penasihat tanpa bayaran. Jangan bersedih jika mempunyai lawan dalam kehidupan anda. Manfaatkan ia demi pencapaian yang lebih menguntungkan. Demikianlah teladan dari hikmah hijrah yang mana Rasulullah SAW sentiasa berfikir positif di tengah-tengah lawan yang ganas dan tanpa berputus asa sedikitpun dalam perjuangannya.


Bersyukur kepada Allah atas kejayaan dan cepat bangkit dari kejatuhan


Umat Islam yang hidup dihimpit oleh kuasa-kuasa besar dunia terpaksa bersaing untuk tidak tenggelam dalam arus kemajuan moden. Jika pada diri umat Muhammad bersemadi kekuatan, semangat keberanian dan kebijaksanaan yang diambil dari saripati buah hijrah yang ranum dan manis, ia boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit umat ini. 


Semangat itu seperti obor yang membakar diri Salahuddin Al-Ayyubi dan pengganti-pengganti beliau di bumi Palestin. 

Bagaimana dengan kita? 

Adakah kita menghargai hidup yang aman damai di bumi Malaysia ini dengan penuh kesyukuran? 

Apakah kerja-kerja yang sudah dibuat demi umat, bangsa dan negara untuk memastikan kejayaannya berkekalan? 

Kita amat lantang menyuarakan keamanan sejagat dan menolak peperangan. Namun kita hanya bisa berteriak dan menangis melihat anak-anak kecil di Iraq terkena radiasi senjata nuklear dan kaum wanita amat takut melahirkan anak-anak yang cacat. Sementara bumi Palestin masih lagi ditawan Yahudi laknatullah yang lantang menghina dengan kata-katanya bahawa ”Muhammad hanya mengirimkan pondan-pondan untuk bertempur”. Kita belum bisa unjuk gigi taring kepada kuasa besar dunia, keupayaan kita terlalu sedikit dan masih banyak yang perlu diusahakan dengan bermujahadah. 

Sahutlah cabaran hijrah dengan peranan masing-masing untuk kejayaan umat. Pada awal bulan Muharram ini sekali lagi kita ketuk pintu hati kita, perjuangan hijrah Nabi SAW harus diteruskan. Kitalah yang menjadi pejuang, aktor dan aktivisnya serta seharusnya umat Islam di Malaysia sedar bahawa kebangkitan Islam mesti dimulakan dari peribadi anda, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Oleh : Dr Juanda Jaya 



Klik Sini Untuk Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun 


Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah blog Aina's Closet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Beli Belah Di sini

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute